Dugaan ! Oh awal2 tahun dah rasa macam banyak sangat dugaan dan dah rase tahun nie macam tak menarik ! Susah sangat bila rasa diri kita sedang diuji kan? Rase tak sanggup ! Sampai bila nak bersabar ye? Ok hati, please be nice.. Cume aku boleh anggap semua nie pasti ada hikmah ! Itu je yang mampu aku buat untuk aku sedapkan hati. Itu je kata2 semangat yang mampu aku lafazkan sekarang untuk aku terus berdiri dan terus untuk jalani hidup aku lagi. Nak cakap aku kuat tipu lah kan, kadang2 menangis jugak ! Tapi sekarang mungkin aku rasa aku lebih tabah dari sebelum nya.. Mungkin aku rasa aku lebih kuat dari sebelum ini !
2012, adakah tahun ini akan jadi tahun kesedihan lagi buat aku? Seperti akhir2 tahun 2010 dan 2011! Kalau aku dberi pilihan pastinya aku tidak sanggup untuk lalui lagi dugaan yang dberikan kepada aku seperti tahun sebelum ini. Tapi kita manusia, hanya mampu merancang kan? Semuanya sudah ditulis untuk diri kita. Jadi nak tanak hadap je lah..Cuma perlu kuatkan hati untuk aku lalui setiap dugaan dan ujian yang dberi olehnya..
p/s: tersenyum saat diri diberi ujian kerana dengan sebuah senyuman hari yang mendung menjadi terang, dan yang panas menjadi sejuk ! :)
No comments:
Post a Comment