: Duhai SUAMIKU...
Maafkan isterimu ini jika dirinya tidak secantik yang dikau impikan.. Maafkan isterimu ini jika dirinya penuh khilaf selama mengabdikan diri sebagai pendampingmu kala kesunyian.. Maafkan isterimu ini kerana tidak mampu memberikan keluarga kita dengan kekayaan.. Maafkan isterimu ini jika kurang pandai dalam menyediakan makanan dan minuman.. Maafkan isterimu ini jika emosinya sering membuatkan dikau bosan.. Dan maafkanlah isterimu ini jika pengorbanannya tidak seperti yang dikau harapkan ..
Sesungguhnya diriku ini amat lemah.. Dikau lihat diriku tabah, tapi hakikatnya aku telah lama pasrah.. Renunglah ke wajahku.. Aku isterimu, sayang.. Tulang rusuk kirimu.. Jangan dikau biar diriku menagih kasih sayangmu sehingga akhir hayatku.. Sekiranya dirimu sudah tidak sudi ke atas diriku lagi, janganlah dikau siksa batinku ini.. Sekiranya telah hilang kasih sayangmu selama ini, janganlah dikau gantikan dengan simpati.. kerana aku juga mempunyai perasaan dan hati..
:'(